rose

Sabtu, 18 Januari 2014

10 CONTOH PENTING BAGAIMANA RASULULLAH MELAYANI ISTRINYA



1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

 

2. Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan‘Ka lau Nabi berada di rumah,beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

 

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

 

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu..Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah panggilanmesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan ’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah,‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’Ras ulullah lantas berkata,‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

 

5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya.Rasul ullah menegur,‘Mengap a engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga,jadi aku pukul lah dia.’‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam,.‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

 

6. Pernah baginda bersabda,’sebai k-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin,sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

 

 

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menolak sama sekali rasa kesombongan.

 

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain,ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.

 

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-mene rus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak .

 

10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,‘Ya Rasulullah,bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak,‘Ya ‘Aisyah,apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur..

 

Sumber : Semanis Kurma Tv9

Melindungi Diri Daripada Gangguan & Sihir


- Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.


- Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.


- Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.


- Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.


- Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.

 

Sesungguhnya ALLAH juga lah tempat berlindung

 

- Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.

 

- Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.

 

- Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.

 

- Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

 

 Sumber : zamdurrani.dumei.com

Jom study Bahasa Arab !!!


1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah . 
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan . 
3. Akhi - abang atau saudara lelaki . 
4. Zauj - suami . 
5. Zaujah - isteri 
6. Assif jiiddan - i'm really sorry 
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama 
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya 
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah 
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah 
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah 
12. Lau samahta - excuse me 
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok 
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki) 
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan) 
17. taffadhol - silakan 
18. la aadri - saya tak tahu 
19. ma fi musykilah - tiada masalah 
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan 
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu 
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi 
23. fahimtum - adakah anda faham ? 
24. fahimna - kami telah faham 
25. sobahalkhair - selamat pagi 
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas 
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu . 
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan 
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu 
30. masa ul khair - selamat petang 
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam 
32. Na'am - Ya 
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2) 
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ? 
35. sannah helwah - happy birthday 
36. ana aidon - saya juga 
37. Maas salamah - Selamat tinggal 
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat 
39. nin sain ? - kamu ada dimana ? 
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu 
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu 
42. Dai'e - pendakwah 
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami 
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami 
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami 
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami 
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami 
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami
Bitaufiq wannajah !!
Man jadda wajadah..sesungguhnya sesiapa yang berusaha pasti berjaya ^_^
sumber : facebook islamik

:: Tips Meninggalkan Couple ::



1. Bertaubat-Menyesali kejahilan dahulu. Berazam tidak akan mengulangi. Memperbanyakkan solat taubat siang malam.

2. Kuatkan hati-Putuskan hubungan tersebut serta jalan-jalan yang membolehkan kamu berdua berhubung. Salin nombor sahabat-sahabat dan tukar nombor telefon bimbit. Ada juga yang taknak menukar nombor telefon,dan berniat berhenti sms. Tetapi percayalah, cara itu kurang efektif kerana ada syaitan yang menggoda. Syaitan akan memujuk dan memujuk.

3. Elakkan kebosanan-Oleh kerana dah terbiasa sms, calling, chat. Tukarkan kepada menghadiri usrah, majlis keagamaan, tazkirah, kempen-kempen agama, riadah bersama keluarga dan sahabat fillah.

4. Membeli dan membaca buku Tarbiyah- Contoh terbaik novel tautan hati,Seindah mawar berduri,pemilik cintaku setelah Allah dan rasul oleh ustazah Fatimah Syarha. Ataupun tentang cinta oleh Pahrol Mohd juoi,Matahari oleh Hilal Asyraf dan banyak lagi.

5. Memperbaiki penampilan diri-Aurat dari atas kepala hingga hujung kaki tertutup dengan sempurna. Tiada ketat, tiada singkat, tiada terdedah, tiada nipis dan afdhal gunalah warna gelap setiap kali keluar rumah.



6. Jika masih belajar-Sibukkan diri dengan aktiviti persatuan yang bermanfaat untuk mental dan fizikal.

7. Padamlah lagu-lagu jiwang dalam hp,laptop dll-Tukarkan kepada nasyid, zikir, alunan qasidah, selawat yang mengingatkan kita pada Allah dan Rasul.

8. Selalu perbetulkan semua niat-yakin dengan Qada Qadar. Jika ada jodoh, pasti bertemu jua.

9. Memperbanyakkan ingat mati-Cukup kematian sebagai peringatan.

10. Allah berfirman-"Kamu menyangkanya perkara kecil,sedangkan di sisi Allah, ia adalah perkara yang besar dosanya" (Surah an-Nur: 15)

Kita buat apa ALLAH suka,
ALLAH beri apa kita suka
HIJRAH !!!

Jumaat, 17 Januari 2014

CREATE NEW HOBBY IN WRITTING WORLD

~ Assalamualaikum w.m.t~

eemmm...dh lame tak berblog smenjak abis exam STPM ni..skrng ni plak busy keje..eemm tak pelah ni cuti tiga hari ..terluang la sikit waktu utk berblog..ni pon baru je dapat kemas kini blog..hahaha baru puas hati..

Novel pon dah lame tak bace..last bace pon novel "the wedding breaker" n now nk sambung balik bace novel "Pemegang watak cinta" plak..heheh..ni laa hobi saya bila cuti-cuti panjang..

baca punya bace terlintas jugak dlm otak ni nak mencuba bidang penulisan expecily dlm penulisan novel..heheh rase minat tu timbul plak kan..ape lagi skrng ni dlm proses nk menyiapkan 1 novel n 1 cerpen pendek yang berunsurkn islamik,pengorbanan n diselitkn dakwah2 sikit..



 heheh..alhmdulillah jika diberi keizinan oleh ALLAH..inshaaAllAh dipermudahkan dlm mencuba menulis di dalam blog ni..walaupon suka2 je..maklumlaa kan timbul plak hobi baru nk menulis nukilan2 dri diri sendiri..

 ape2pon mudah2han dipermudahkan segala urusanku dlm penulisan ni..inshaaAllah ^_^