rose

Sabtu, 2 November 2013

HUKUM MELAKUKAN ONANI (MESTURBATE)

Masturbate atau dalam Bhs. M'sia = Melancap atau Onani (Bhs. Arab = Istimna) ialah suatu perbuatan mengeluarkan sperma dengan tangan sendiri dengan tujuan mencapai kepuasan seks secara bersendirian, tanpa pasangan. Persolan ini dirasakan amat patut dibincangkan hukumnya memandangkan ia adalah satu perkara yang sering timbul dibenak fikiran apabila seseorang itu bermusafir jauh dari pasangan hidupnya sehingga menyebabkan dia mencari sesuatu alternatif lain bagi mencari kepuasan seks dirinya. Dalam perbincangan ini perkataan onani digunakan mewakili masturbasi sebagai bahasa yang tepat mengikut Kamus Dewan.
Onani adalah suatu perbuatan yang dipandang sebagi dosa besar di sisi Islam, demikian menurut majoriti para fuqaha. Imam as-Shafie dan Imam Malik, apabila ditanya mengenai hukum onani, mereka mengharamkan perbuatan sedemikian berdasarkan firman Allah Azza waJalla dalam al-Qur'an: Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.[Maksud surah al-Mu'minun 23 - 5,6,7][1]
Ayat di atas menerangkan bahawa seseorang yang menjaga kehormatan diri hanya akan memperlakukan hubungan seksual bersama isteri-isterinya atau hamba-hambanya yang sudah dinikahi. Hubungan seksual seperti ini adalah suatu perbuatan yang baik, tidak tercela di sisi agama. Akan tetapi jikalau seseorang itu cuba mencari kepuasan seksual dengan cara-cara selain bersama pasangannya yang sah, seperti zina, pelacuran, onani atau persetubuhan dengan haiwan, maka itu dipandang sebagai sesuatu yang melampaui batas, salah lagi berdosa besar di sisi Islam. Demikian ringkas penerangan Imam as-Shafie dan Imam Malik apabila mereka ditanya mengenai hukum onani.
Kenyataan di atas disokongi oleh riwayat berikut: Di Hari Akhirat Tuhan tidak akan melihat golongan-golongan ini lantas terus berfirman: Masuklah kalian ke dalam api neraka bersama-sama mereka yang (berhak) memasukinya. Golongan-golongan tersebut ialah [1] Orang-orang homoseksual, [2] orang yang bersetubuh dengan haiwan, [3] orang yang mengahwini isteri dan juga anak perempuannya pada waktu yang sama dan [4] orang yang kerap melakukan onani, kecuali jikalau mereka semua bertaubat dan memperbetulkan diri sendiri (maka tidak lagi akan dihukum).[2]
Lebih dari itu onani juga hanya berupaya memberikan kepuasan sementara kepada pembuatnya dan ia tidak lain hanya akan menambahkan lagi dorongan untuk melakukan hubungan seksual yang lebih sempurna. Ini adalah kerana manusia telah dicipta oleh Allah Azza waJalla untuk memuaskan kehendak seksual masing-masing dengan pasangan masing-masing dan apabila manusia cuba mencari alternatif lain ia hanya akan menaikkan semangat, tidak pula memuaskannya. Justeru itu onani tidak akan berjaya memuaskan nafsu seksual tetapi hanya akan melahirkan nafsu yang lebih kuat dan mengarah kepada perbuatan yang lebih buruk mudaratnya seperti zina, pelacuran dan sebagainya.
Shah Waliallah Dahlawi menerangkan: Ketika air mani memancut dengan banyak, ia juga mempengaruhi fikiran manusia. Oleh itu orang muda akan mula menaruh perhatian terhadap wanita cantik dan hati mereka mula terpaut kepadanya. Faktor ini juga mempengaruhi alat jantinanya yang sering meminta disetubuhi menyebabkan desakan lebih menekan jiwa dan keinginan untuk melegakan syahwatnya menjadi kenyataan dengan berbagai-bagai aktiviti. Dalam hal ini seorang bujang akan terdorong untuk melakukan zina. Dengan perbuatan tersebut moralnya mulai rosak dan akhirnya dia akan tercebur kepada perbuatan-perbuatan yang lebih merosak. [3]
Keterangan di atas dapat diumpamakan kepada seseorang yang selalu mengkhayal dirinya memandu kereta Ferari. Lalu di satu hari dia memperoleh peluang untuk memandunya tetapi dihadkan kepada kelajuan maksimum 80 kmsj. Sudah tentu ini hanya memberikan kepuasan sementara lalu menjadi pemankin pula untuk berkehendak memandu kereta tersebut selaju 200 kmsj atau lebih.
Melakukan onani secara kerap juga banyak membawa mudarat kepada kesihatan dan seseorang yang melazimkan diri dengan onani akan menghadapi kesan-kesan kelemahan badan, anggota yang terketar-ketar atau terkaku, penglihatan yang kabur, perasaan berdebar-debar dan kesugulan fikiran yang tidak menentu.[4]  Kajian perubatan juga membuktikan bahawa kekerapan melakukan onani akan memberi kesan negatif kepada kebolehan seseorang itu menghasilkan sprema sihat dan cukup bilangan dalam jangka masa panjang. Ini akan menghalang kebolehan seseorang itu menghasilkan zuriat-zuriat bersama pasangan hidupnya malah lebih dari itu, menghadapi ketergendalaan seksual dalam umur yang masih muda (mati pucuk).[5]    Melazimkan diri dengan onani juga menjauhkan hakikat seseorang itu daripada tujuan ciptaannya, iaitu sebagai sebaik-baik ciptaan Allah Subhanahu waTa'ala, sebaik-baik makhluk bumi dan sebagai sebaik-baik umat, iaitu umat Islam. Ia menjauhi nilai-nilai moral serta akhlak tinggi yang menjadi unsur utama kemulian umat Islam berbanding dengan yang lain-lain.
Walaubagaimanapun sesetengah ahli fiqh berpendapat bahawa onani dibolehkan jikalau seseorang itu menghadapi suasana kegentingan syahwat dan dia berkeyakinan bahawa onani dapat meredakan syahwatnya dan dapat pula menghalang dirinya daripada terjerumus ke dalam sesuatu yang lebih besar mudaratnya seperti zina atau pelacuran. Kebolehan ini bukanlah bertujuan menghalalkan perbuatan onani tetapi ia adalah didasarkan kepada kaedah usul fiqh yang menyatakan: Dibolehkan melakukan bahaya yang lebih ringan supaya dapat dihindari bahaya yang lebih berat. Di sini perlu diwarnakan bahawa onani yang dibolehkan dari prinsip di atas hanyalah dalam suasana yang amat menekan, berbeza pula dengan onani yang dilakukan setiap hari atau setiap masa yang terlahir dari perbuatan melihat video-video, majalah-majalah atau angan-angan lucah. Yang pertama dibolehkan atas dasar pertimbangan maslahat agama manakala yang kedua diharamkan atas dasar pertentangan dengan perintah dan nilai-nilai agama.[6]
Tetapi sebelum seseorang itu dengan mudah menceburkan dirinya dalam kebolehan melakukan onani dalam saat-saat keperluan, dia seharusnya mencari alternatif-alternatif lain bagi mengelak dirinya daripada langsung menghampiri perbuatan tersebut. Melazimkan diri dengan berpuasa, atau dengan banyak berzikir mengingati Allah Ta'ala atau dengan mensibukkan diri dengan perkara-perkara kebajikan adalah antara menu sajian yang dicadangkan. Tidak ketinggalan juga ialah doa kepada Allah Subhanahu waTa'ala agar dia terpelihara dari perlakuan atau lintasan hati yang mengarah kepada sedemikian perbuatan, mengingatkan kepada kisah Nabi Yusuf alaihi-salam dalam al-Qur'anul Karim di mana beliau walaupun selaku seorang Nabi Allah, tetap memanjatkan doa kepada Allah Azza waJalla agar terpelihara dari godaan-godaan serta fitnah wanita yang dihadapi di istana tempat kerjanya ketika itu. (Lihat surah Yusuf 12, terutamanya pada ayat 32 dan 33). Sesiapa yang berusaha untuk menjauhkan onani atas dasar taqwa dan iman kepada Allah Subhanahu waTa'ala, nescaya Allah akan mencukupinya. Insya-Allah hidayahNya akan membimbing seseorang itu menjauhi perbuatan onani dan pada waktu yang sama akan digantiNya dengan anugerah kelazatan jiwa dan kepuasan batin yang tidak mungkin tercakup penggambarannya melalui tulisan ini.


Kesimpulan
1.      Onani pada dasarnya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam lagi bertentangan dengan nilai-nilai kesyumulan ajarannya.
2.      Sesetengah ahli fiqh membolehkan onani jikalau seseorang itu berkeyakinan bahawa ia akan dapat menghalang dirinya daripada terjerumus dalam kesalahan agama yang lebih besar. Kebolehan ini bukanlah sebagai menghalalkan onani.

Isnin, 7 Oktober 2013

TUNTUTAN MENJAGA KESIHATAN



Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-


 1. Bersenam @ beriadah & Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan sperti membuat amalan berikut:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi / air suam. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang otak berkenaan.



4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.



5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Selasa, 17 September 2013

~ Nasi Goreng Bawang Putih ~ (SIMPLE)

eemmm..yuhuuu..assalamualaikum..ari ni kitew nak share lgi resepi
mak oden suke sngt Nasi Goreng Bawang Putih yg cheq buat
katenyer leh buang angin dlm badan
heheh.. ^^
wat pengetahuan anda..nasi goreng ni jenis simple je..bahan nye pon simple gak..huhu

  perhatian !!! kat sini saya gunakan bawang merah n bawang putih banyak sebab tu bahan utamanya..hehe
  
Bahan Asas :
  1. Nasi putih  2 pinggan
  2. Bawang Merah 2 labu
  3. Bawang Putih 1/2 labu
  4. Sos Tiram Manggi
  5. 2/3 biji Telur
  6. Garam secukup rasa
Bahan Tambahan :
  1.  Ikan bilis
  2. Ayam, daging, sotong, udang dll
  3. kobis (sayur yg awak2 smue suke)
  4. Cili api
Caranye: (sy guna bahan asas)
  1. Hiris bawang merah n kupas bawang putih dan biarkan sahaja dia sebiji macam tu..klo nak hiris tau tumbuk pon bole..tapi saye lbh suke seketul mcm tuh..
  2. Panaskan minyak..dan tumiskan bawang sehingga naik bau. kemudian masukkan sos tiram dalam 2-5 sudu..lagi banyak pon sedap.
  3. Pecahkan 2/3 biji telur dan kacau dan tambahkan sedikit garam.
  4. Lepas tu masukkan nasi putih dan gaul hingga sebati.
  5. Dah masak bole lah dihidangkan bersama orang yang tersayang.
Selamat mencuba...ni resepi nasi goreng bujang je..bahan pon mudah dicari
and yg paling penting bile lapar je wat nasi goreng ni..
bape minit je..x waste time laa wat nye..
jom try !! heee

Isnin, 16 September 2013

Cekodok Sardin Abah

Haaaiii !!!!...assalamualaikum u all..eeemm aari ni nak kongsi 1 resepi dari my beloved dad
huhu..memang sedap..i like sangat dgan "Cekodok Sardin Abah"..so nak kongsi laa..haha
terbaik pnye..rugi sape x try k..

pe gi jom laa kite tgok resepi ok..o right ^_~
senang je....

Bahan-Bahan nyer : 
  1. 1 tin sardin (x kesah nak jenama ap..suke hati :P)
  2. Tepung gandum
  3. garam
  4. air
  5. bawang  (klo nak letak pon bole)
Cara buat :
  1. lenyekkan / hancurkan sardin di dlm bekas dgn sos nye sekali..jgn buang lak sosnye..tulah penaik rasenye.
  2. masukkan tepung gandum, garam, bawang (klo ada laa), air.
  3. and than gaul laa sampai sebati..mcm buat adunan cekodok yg lain jugak...just lain nye sardin je..
  4. lepas tu..panaskan minyak
  5. dah panas..goreng laa..pe lgi..hahah
  6. siap goreng..bole hidang brsama sos cili/ tomato et
  7. jgn lupe bt air teh sekali..hehe
eemmm..tu je laa..setakat ni..lain kali kite share resepi lain plok naa
ok..byeee !!!bitaufiq wanajah
makan bce doa naa..moga2 ap yg trhasil d berkati ALLAH.. ^_^

Ahad, 15 September 2013


wanita hebat....
Wanita yang mampu membalut LUKA HATINYA dengan KESABARAN.
Wanita yang mampu meredam AMARAH dengan ISTIGHFAR.
Wanita yang mampu menghapus DENDAM dengan MEMBERI MAAF.
Wanita yang mampu BERTERIMAKASIH atas segala nikmat Allah dengan BERSYUKUR.
Wanita yang mampu menerima KETETAPAN Allah dengan DOA DAN TAWAKKAL.

Kerana baginya..Apapun yang hadir dalam
kehidupan tiada yang sia-sia.ALLAH telah
mempunyai rencana baginya.
Dan ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Ya ALLAH..Jadikan wanita yang membaca catatan
ini jadi wanita yang HEBAT.Menjadi wanita yang selalu TAAT.Menjauhi perbuatan

MAKSIAT.Dan tidak gemar melanggar SYARIAT.

Aamiin ya Rabbal'alamin..

~ KaRi SoToNg BeRsAmA dAl ~

Haaa..ari ni aku nak share sikit resepi yng aku masak.. ^_^
"kari sotong bersama dal "
huhu..memang menyelerakan...hehe
jom try..sape dah tau tu x pe laa....aku just nak share pd yg blom tau..hehe


try jommm !!!!!

Bahan-bahan nyer :
  1. sotong -potng 3 bahagian (x kesah nk bape kilo)
  2. kacang dal -rebus
  3. rempah kari ayam/daging (kat sini aku gne rempah kelateh)
  4. terung & lobak merah -di potong x  kesah nk bntuk mcm mne
  5. bawang merah, bawang putih & halia - dipotong n dikisar/tumbuk gne btu lesong
  6. cili padi (sesiapa yg nak pedas)
  7. santan (klo nak rase berlemak)
  8. kayu manis n bunga lawang
Cara-caranya:
  1. tumiskan bahan yg telah dikisar tdi bersama kayu manis n bunga lawang
  2. gaul n tunggu sehingga ianye naik bau
  3. masukkan rempah n air cikit
  4. pastikan rempah btol2 masak n u all masukkan pula sotong
  5. kemudian tunggu hingga empuk..peringatan = jangan masukkan air banyak sngat..sbbnye sotong ni akn mngeluarkan air.
  6. masukkan santan (klo nak) n seterusnya masukkn dal yg tlh direbus
  7. jgn lupe masukkan sekali terung n lomak merah bersama
  8. and than u all just wait a few minute
  9. tgok dh empuk semuanye n dh mndidik..bole laa tutup api nye dan bole lah mamam...
 
selamat mencuba...bitaufiq wanajah..tatatititutu..ma'assalamah ^^



Kenali Personaliti Melalui Tulisan - Dr. Fadzilah kamsah



Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

CARA MENGETAHUI MUKA SURAT UNTUK JUZU' AL QURAN


Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442


eemmmm...memang tenang bile kite dengar qasidah... ^_^